Penjaga Gol PSG Dirompak
Eropah
PSG-Paris Saint-Germain
Advertisements

Penjaga gol utama PSG, Gianluigi Donnaruma ditimpa malang semalam apabila kediamannya di Paris dirompak.

Donnaruma dan pasangannya, Alessia Elefante menjadi sasaran kumpulan perompak di apartmen didiami mereka sebelum diikat. Kumpulan tersebut kemudiannya melarikan diri dengan wang dan barang berharga bernilai €500,000 (RM2.5 juta).

Menurut wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano, kedua-duanya berjaya melepaskan diri sebelum mendapatkan bantuan di sebuah hotel berdekatan.

Advertisements

Staf hotel kemudiannya melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa dan membantu menenangkan Donnaruma dan Elefante yang masih terkejut dengan insiden berkenaan.

Satu siasatan sedang dijalankan bagi mengesan kumpulan penjenayah tersebut. Donnaruma bukan pemain Les Parisien pertama yang menjadi sasaran kumpulan perompak.

Advertisements

Pada Mac 2021, rumah kapten PSG, Marquinhos dan legenda Argentina, Angel Di Maria dirompak semasa kedua-duanya beraksi dalam satu perlawanan.

Susulan itu, empat individu ditahan dengan dua daripadanya dikenakan hukuman penjara oleh mahkamah pada Januari lalu.

Advertisements

Donnaruma menyertai PSG sejak dua tahun lepas. Biarpun trauma, itu tidak menghalangnya menyertai skuad untuk jelajah pra-musim di Jepun dan Korea Selatan esok.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram