Penjaga Gol Singapura ‘Terlelap’ Seawal 20 Saat Beraksi

Singapura Bg Pathum Penjaga Gol Singapura 'Terlelap' Seawal 20 Saat Beraksi
FAS
Nik Faris @nikfalovic
8:56pm 07/09/2023

Kelibat penjaga gol muda Singapura, Jarec Ng menjadi tumpuan apabila beliau melakukan kesilapan yang hampir memakan diri skusd B-15 tahun Singapura.

Aksi Piala Lion City itu kembali mneghangatkan pentas bola sepak muda di rantau ini setelah beberapa tahun tidak dianjurkan.

Kejohanan yang memasuki edisi ke-27 berlangsung penuh suka dan duka termasuklah pertembungan antara skuad bawah 15 tahun Singapura dan BG Pathum B-15.

Tumpuan terarah kepada kelibat penjaga gol Singapura yang memulakan aksi dengan langkah kiri selepas terleka dengan hantaran rakan sepasukan.

Menerusi klip yang tular di media sosial, beliau cuba bermain hantaran pendek dan mengatur gerak dari bawah namun tidak bersedia untuk menerima hantaran semula daripada rakan sepasukan, Ahmad Ilhan Rizqullah.

Bola itu akhirnya menerjah jaring untuk memberikan kelebihan buat BG Pathum di hadapan.

Usaha untuk bangkit daripada ketinggalan akhirnya membuahkan hasil apabila sepakan penjuru Nathan Mao memerangkap penjaga gol Thailand, Kittiphob Poomee yang tertolak bola ke dalam gawang sendiri pada minit ke-78.

Kejohanan singkat yang diadakan itu menyaksikan empat pasukan menyertainya, iaitu skuad Bawah 15 Tahun (B-15) Singapura, Selangor FC (Malaysia), BG Pathum United (Thailand) serta Borneo FC (Indonesia).

Kejohanan ini menyaksikan BG Pathum muncul juara selepas membenam cabaran Borneo FC di pentas akhir.

Video penuh: Singapura B-15 vs BG Pathum B-15