Penjelasan Terengganu Tentang Kegagalan Mohon Lesen AFC
MakanBola
Terengganu FC
Sponsors

Pihak Terengganu FC tampil memberikan penjelasan tentang kegagalan pasukan memohon lesen Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Pada petang Selasa, pihak Malaysian Football League (MFL) telah mengumumkan 4 kelab yang berhasil memohon lesen AFC iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT), Selangor, Penang serta Sabah.

Ad

Manakala dua lagi pasukan iaitu Kedah dan Terengganu tidak berjaya memperoleh lesen itu setelah diumumkan keputusan mensyuarat First Instance Body (FIB) ke-10 yang diadakan di Wisma FAM.

Ad

Lantaran itu, Terengganu FC (TFC) tampil dengan kenyataan rasmi memaklumkan bahawa pihak kelab sendiri yang tidak meneruskan usaha bagi mendapatkan lesen AFC oleh kerana dua slot ke Asia sudah pun terisi.

“TFC telah memaklumkan secara rasmi sebelum tarikh akhir permohonan kepada pihak MFL untuk tidak meneruskan permohonan apabila dua slot untuk kelab Malaysia bersaing di peringkat Asia telah diketahui awal sebelum tamatnya saingan Liga Super,” jelas pihak kelab.

Ad

“Justeru, pihak kelab tidak meneruskan persiapan yang perlu dipenuhi kepada pihak MFL dalam tempoh berbaki tersebut.

Ad

“TFC pada ketika itu, berada di kedudukan ke 4 di belakang JDT, Selangor FC dan Sabah FC. Namun JDT dan Selangor FC telah mengesahkan lebih awal juara dan naib juara Liga Super apabila dihitung kedudukan semasa dan slot tersebut sudah pasti milik mereka.”

Ad

“Selain dua (2) pasukan tersebut yang mendapat slot, bagi kelab lain yang mempunyai lesen AFC yang lain berada di senarai menunggu jika dua (2) kelab yang layak dari segi kedudukan Liga Super tidak diluluskan permohonan lesen.”

Walaupun begitu, pihak pengurusan TFC akan beralih fokus kepada usaha bagi mendapatkan lesen kebangsaan sebelum tarikh tutup pada penghujung April ini untuk terus bersaing di pentas Liga Super.

“TFC akan fokus untuk mendapatkan lesen kebangsaan yang akan tamat pada 30 April 2025 bagi memastikan layak untuk menyertai saingan Liga Super musim 2025/2026,” tambah kenyataan kelab.

Terengganu menamatkan saingan musim ini di tempat ke 5 Liga Super dengan mengutip 35 mata hasil 26 perlawanan, selain bergelar semi finalis Piala FA dan juga Piala Malaysia.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments