Advertisements
Penterjemah ‘Naik Syeikh’ Bocorkan Maklumat Debut Pratama Arhan Melalui IG Story Dijangka Akan Dipecat.
Asia
MakanBola

Ramai peminat bola sepak di ASEAN mengetahui perpindahan pemain muda berpotensi tinggi Indonesia, Pratama Arhan ke Tokyo Verdy dan perkara itu sememangnya menjadi buah mulut orang ramai khususnya penyokong bola sepak Indonesia.

Pemain yang berjaya mempamerkan aksi memukau ketika kejohanan AFF Suzuki Cup tahun lalu itu sehingga kini masih lagi belum berjaya untuk menembusi satu tembok terpilih sebagai pemain untuk perlawanan bersama Tokyo Verdy.

Terkini, penterjemah Pratama Arhan telah melakukan satu perkara bakal mengakibatkan beliau berkemungkinan kehilangan kerjanya selepas ‘naik syeikh’ mendedahkan bahawa pemain itu akan melakukan debut bersama Tokyo Verdy dalam perlawanan berdepan Tochigi SC esok.

Perkara itu telah disebarkan oleh beberapa laman sosial bola sepak Indonesia dan selepas diperhatikan, ternyata penterjemah itu yang dikenali sebagai golbarka memuat naik ‘IG Story’ mengenai perkara itu.

pratama arhan Penterjemah 'Naik Syeikh' Bocorkan Maklumat Debut Pratama Arhan Melalui IG Story Dijangka Akan Dipecat.

Beberapa orang pengamal media arus perdana di Jepun telah menyatakan bahawa perkara ini akan menjadi satu isu besar dalam industri bola sepak Jepun khususnya dimana ‘orang dalam’ yang begitu rapat dengan kelab mendedahkan perkara seperti ini.

Pastinya, ia bakal menjadi isu kepercayaan bukan sahaja kepada Indonesia, tetapi turut menerima tempias kepada negara-negara ASEAN lain dimasa hadapan.

“Kesalahan paling besar disini adalah mereka (kelab) mengambil penterjemah tanpa latar belakang atau memiliki ilmu bola sepak. Saya faham apa yang dia cuba lakukan, tetapi dia akan hilang kepercayaan dari kelab.”

Kerana terlalu teruja, masa depan berisiko tergadai. Semoga bakal menjadi panduan untuk kita semua menjadi lebih amanah dan bertanggungjawab atas tugasan yang dibawa.

Related Articles