Penyerang Baharu Bakal Ambil Alih Tugas Bersama Harimau Malaya
MakanBola
ANFA
Sponsors

Penyerang baharu berpotensi untuk mengambil alih tugas bersama Harimau Malaya.

Skuad kendalian Peter Cklamovski bermula cemerlang pada kempen Kumpulan F, Kelayakan Piala Asia 2027 apabila menundukkan Nepal dengan keputusan 2-0.

Ad

Kehadiran tonggak warisan baharu, Hector Hevel memberi impak besar selepas beliau menjaringkan gol pada aksi debutnya di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

Ad

DYAM Tunku Ismail memberi bayangan awal bahawa akan ada 7 lagi pemain warisan baharu yang berpotensi untuk menyarung jersi kebangsaan sekitar Jun nanti.

Ad

Sebelum ini, Tunku Ismail turut menyatakan harapan besar agar proses mendapatkan pemain warisan ini berjalan lancar bagi memastikan skuad kebangsaan dapat beraksi baik.

Ad

“Kami telah mengenal pasti 6-7 pemain warisan untuk pasukan Harimau Malaya. Diharapkan kerajaan Malaysia dapat membantu dalam proses mendapatkan pasport Malaysia agar mereka dapat bermain untuk Harimau Malaya.

Ad

“Mustahak Harimau Malaya memulakan kempen kelayakan dengan keputusan yang positif,” ujarnya.

Harapan besar peminat untuk melihat posisi kritikal Malaysia diisi pemain berkualiti selepas baginda memberi gambaran akan ada penyerang baharu bagi membantu kempen pasukan kebangsaan.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments