Advertisements
Penyerang Belanda Seludup 1.4 Kg Dadah Berdepan Hukuman Penjara
Eropah
MakanBola
KNVB

Penyerang Belanda dan Spartak Moscow kini berdepan hukuman penjara selama 9 tahun akibat terlibat dengan kes penyeludupan dadah.

Quincy Promes dituduh menyeludup dadah jenis kokain seberat 1.361 kilogram ke bandar Antwerp sewaktu beliau bermain untuk pasukan Ajax Armsterdam.

Menurut Sport Bible, Perkhidmatan Pendakwaan Awam Belanda memohon pemain berusia 32 itu dipenjara selama 9 tahun berdasarkan bukti yang dijumpai dalam telefon milik Quincy Promes.

Pemain itu bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah Armsterdam sewaktu pendakwaan tersebut dilakukan.

Malah sebelum ini Quincy Promes turut disabit kesalahan penjara selama 18 bulan setelah menikam sepupunya sendiri ketika bertengkar pada tahun 2020 menurut Goal.

Quincy Promes yang menetap di Russia masih terlepas dari ditangkap pihak polis Belanda kerana beliau masih belum pulang ke kota tersebut dan Russia tidak mempunyai perjanjian ekstradisi penjenayah dengan negara Belanda.

Kini pemain sayap itu masih bermain di liga utama Russia dan telah menjaringkan 6 gol serta merekodkan 6 bantuan jaringan dalam 17 penampilan liga bersama Spartak Moscow.

Pemain sayap yang turut mampu bermain selaku penyerang itu pernah bermain untuk pasukan Twente, Sevilla dan Ajax yang ketika itu dibimbing oleh Erik Ten Hag. Quincy Promes merekodkan 50 penampilan antarabangsa buat Belanda serta turut pernah bermain dalam kejohanan Euro 2020.