Penyerang Berbisa Buriram United Disambar Seteru Hebat Asia Tenggara
MakanBola
Buriram United
Sponsors

Penyerang berbisa Buriram United, Lonsana Doumbouya membuat kejutan dengan menyertai seteru kelab itu, Port FC .

Perpindahan penyerang berusia 33 tahun itu diumumkan pengurusan Port Lions di platform media sosial mereka semalam.

Ad

Doumbouya menyertai Port sebagai ejen bebas selepas kontraknya tidak disambung oleh pengurusan kelab juara Thai League 1 2023/24 itu.

Ad

“Port FC mengumumkan pengesahan perjanjian untuk mendapatkan bekas bintang Thai League, Lonsana Doumbouya untuk menyertai skuad secara formal untuk memperkuat bahagian serangan untuk saingan musim 2024/25.

“Penyerang berusia 33 tahun itu bertanggungjawab membantu Buriram United menggondol kejuaraan liga musim 2022/23 dan meneruskan kecemerlangan dengan memenangi Thai League 1 musim lepas sebelum kontraknya dengan Thunder Castle berakhir dan berpindah ke Port Lions,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Ad

Selain Buriram United, beliau juga pernah beraksi untuk dua kelab Thai League 1 iaitu Trat FC dan PT Prachuap. Sepanjang berada dalam liga itu, Doumbouya merekodkan 82 penampilan, 51 gol dan sembilan bantuan gol.

Ad

Penyerang yang memiliki ketinggian 1.94 meter itu juga pernah mewakili Inverness CT (Scotland), Shanghai Shenhua (China), AFC Tubize (Belgium), SKN St. Polten (Austria) dan EA Guingamp B (Perancis).

Ad

Doumbouya juga pernah mewakili Guinea di peringkat antarabangsa sebanyak dua kali. Beliau membuat penampilan bersama pasukan itu dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2018 Zon Afrika.

Penyerang Guinea itu dijangka membentuk gandingan berbisa dengan seorang lagi penyerang baru Port, Willen Mota. Mota turut menyertai kelab itu sebagai ejen bebas selepas meninggalkan Bangkok United pada akhir musim 2023/24.