Pasukan Selangor FC hari ini mengumumkan kemasukan pemain import kelima baharu di posisi penyerang iaitu Hyuri Henrique de Oliveira Costa bagi saingan musim 2022.
Hyuri bakal bergandingan bersama seorang lagi pemain dari Brazil iaitu Herlison Caion de Sousa Ferreira yang juga bermain di jentera hadapan pasukan Selangor.
Sebelum ini, pemain berusia 30 tahun ini beraksi bersama pasukan Hatta Sports Club yang bermain dalam UAE Pro League selama setahun.
Beliau membuat penampilan bersama Hatta Club sebanyak 17 perlawanan dan berjaya menjaringkan 8 gol.
Hyuri juga pernah beraksi dalam saingan liga tertinggi di Brazil bersama kelab Clube Atlético Mineiro pada tahun 2016 sehingga 2020.
Untuk rekod, Hyuri merupakan seorang penyerang yang sangat berpengalaman beraksi di liga Brazil dan ini kali pertama beliau berkelana ke Asia Tenggara untuk sertai Selangor FC.