Penyerang EPL Anggap Penyokong Arsenal Kuat Berkhayal
EPL
West Ham United
Advertisements

Penyerang West Ham United, Michail Antonio menyifatkan penyokong kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal sebagai kuat berkhayal.

Pandangan panas penyerang berusia 33 tahun itu dinyatakan dalam program The Footballer’s Football Podcast terbitan BBC baru-baru ini.

Antonio amat terganggu dengan sikap kuat berkhayal penyokong The Gunners lebih-lebih lagi jika mereka berada pada kedudukan yang baik untuk mencabar kejuaraan liga.

Advertisements

“(Sebut tentang) penyokong Arsenal, mereka buat saya tak senang hati. Saya bercakap tentang ejen saya, ahli keluarga saya dan kawan-kawan saya.

“Sebab bila mereka makin menghampiri kejayaan, mereka rasa mereka pasukan terbaik di dunia. Ia sebenarnya sesuatu yang sukar dipercayai melihat betapa kuatnya khayalan mereka itu,” katanya.

Antonio kemudiannya berkongsi kisah yang dialaminya selepas membantu West Ham mengalahkan The Gunners pada musim lepas.

Advertisements

Kemenangan tersebut bukan saja membantu West Ham menjarakkan diri daripada zon penyingkiran EPL. Malah, ini menjejaskan kempen pasukan yang dibimbing Mikel Arteta itu untuk memburu kejuaraan liga.

Sebaik berita tersebut diketahui ejen Antonio yang juga seorang penyokong Arsenal, beliau digelar bodoh kerana merosakkan cita-cita pasukan yang disokongnya.

“Tahun lepas bila kita (West Ham) kalahkan Arsenal di tempat sendiri, bila mereka berada di puncak liga, ejen saya yang bersama saya sejak berusia 19 tahun telefon saya dan gelar saya bodoh.

Advertisements

“Dia kata, ‘Kenapa kamu buat begini kepada saya? Selepas bertahun-tahun.’ Saya balas, ‘Eh, kita (West Ham) ini berada di ambang penyingkiran. Kamu baik ke? Saya kena jaga diri saya.’,” ujarnya.

Arsenal ketika ini berada di puncak liga dengan 64 mata dan mendahului dari segi kelebihan jaringan berbanding pencabar terdekat, Liverpool.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram