Jordan bakal mempertaruhkan khidmat pemain serangan Ligue 1 dalam menggempur pasukan-pasukan yang bertanding di Piala Asia 2023 Qatar.
Mousa Al-Tamari merupakan pemain sayap kanan kelab Montpellier yang kini berada ditangga ke-12 liga Perancis.
Pemain berusia 26 tahun ini bakal bersama-sama dengan pemain antarabangsa yang bermain di liga Malaysia, Noor Al-Rawabdeh serta Fadi Awad dalam senarai 26 pemain skuad kebangsaan Jordan.
Mousa Al-Tamari hadir ke Piala Asia dengan statistik jaringan yang meyakinkan bersama Montpellier apabila merekodkan 3 jaringan serta 3 bantuan jaringan dalam 17 penampilan liga.
Pemain berketinggian 1.78 m ini turut mempunyai rekod yang baik bersama skuad kebangsaan Jordan dengan sumbangan 13 jaringan dalam 54 penampilan senior.
Selain Mousa Al-Tamari, Jordan turut akan diperkuatkan pemain yang beraksi dari luar liga Jordan seperti Yazid Abu Layla (Al-Jabalain, Arab Saudi), Yazan Al-Arab (Al-Shorta, Iraq), Mohammad Abu Hasheesh (Al-Ahed, Lubnan); Fadi Awad (PDRM FC, Malaysia), Noor Al-Rawabdeh (Selangor FC, Malaysia), Ibrahim Saadeh (Al-Khor, Qatar), Ali Alwan (Al Shamal SC) dan Yazan Al-Naimat (Al-Ahli).
Antara pemain yang beraksi dalam saingan liga tempatan iaitu Jordanian Pro League ialah Abdullah Al-Fakhouri (Al-Wehdat), Ahmad Al-Juaidi (Shabab Al-Ordon), Abdullah Nasib (Al-Hussein), Feras Shelbaieh (Al-Wehdat), Anas Bani Yaseen, Salem Al-Ajalin, Bara’ Marei dan Ihsan Haddad (Al-Faisaly) yang merupakan penjaga gol dan pemain pertahanan.
Dibahagian tengah pasukan, Jordan bakal diperkuatkan dengan kehadiran beberapa pemain seperti Rajei Ayed, Mahmoud Al-Mardi (Al-Hussein) dan Nizar Al-Rashdan (Al-Faisaly).
Mohannad Abu Taha, Anas Al-Awadat, Saleh Rateb (Al-Wehdat), Mohammad Abu Zureiq, Youssef Abu Jalbush (Al-Faisaly) dan Hamza Al-Dardour (Al-Ramtha SC) pula antara pemain serangan Jordan yang kini bermain di Jordanian Pro League.
Jordan ditempatkan dalam kumpulan E Piala Asia 2023 Qatar bersama-sama dengan pasukan Malaysia, Bahrain dan juga Korea Selatan.