Penyerang Prolifik Harimau Malaya Jadi Dambaan Kelab Lembah Klang
Transfer
AFC
Advertisements

Seorang penyerang Harimau Malaya didakwa bakal menyertai sebuah kelab yang berpangkalan di Lembah Klang.

Penyerang yang dimaksudkan ialah bekas penyerang Negeri Sembilan FC, Shahrel Fikri Md. Fauzi.

Selepas meninggalkan skuad Rusa, wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam mendedahkan khidmat bekas penyerang Selangor FC itu diintai PDRM FC.

Advertisements

Khidmat Shahrel menjadi buruan pasukan yang diberi jolokan Sang Saka Biru itu bagi memantapkan kembali jentera serangan mereka.

“Shahrel Fikri (seorang) pemain kebangsaan (dan) pernah mewakili skuad kebangsaan. Bermula dengan PKNP, seterusnya di Perak (FC), kemudian ke Selangor dan musim lepas bersama Negeri Sembilan.

“Semasa di Negeri Sembilan, pemain ini datang, pulih daripada kecederaan dan memberi aksi terbaik tetapi dilepaskan (oleh pengurusan pasukan).

Advertisements

“Saya difahamkan beliau dilepaskan atas faktor kekangan kewangan dan keinginan Negeri Sembilan menggunakan pemain-pemain muda.

“Jadi, beliau dalam senarai jentera serangan PDRM musim ini. Melihat kepada situasi semasa, saya tak pasti tapi pasukan Negeri Sembilan baru umumkan Jacque Faye ke Negeri Sembilan.

“Mungkin perpindahan Jacque Faye ke Negeri Sembilan itu membolehkan PDRM berbelanja sedikit bagi mendapatkan Shahrel Fikri,” katanya kepada pengacara redONE Keluar Masuk Liga M, Azlan Mubin untuk Nadi Arena semalam.

Advertisements

Zulhelmi turut mendedahkan proses perpindahan Shahrel dan bekas rakan sepasukannya di Selangor, Ifedayo Olusegun bakal dimuktamadkan Sang Saka Biru tidak lama lagi.

“Shahrel Fikri dan Ifedayo, dari segi peratusan (proses perpindahan), saya boleh katakan 80-90%,” tambahnya.

Mengikut data Transfermarkt, Shahrel telah merekodkan 19 penampilan dalam semua kejohanan untuk musim 2023. Tempoh tersebut menyaksikan beliau meledakkan tujuh gol dan dua bantuan gol.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram