Penyerang Tinggi Lampai Jadi Taruhan India Hadapi Malaysia
Asia
MakanBola
Mohun Bagan SG
Advertisements

Berbaki lima hari lagi menjelang sepak mula Pestabola Merdeka. Aksi pembukaan di antara Malaysia dan India dijangka menjadi perhatian ramai lebih-lebih lagi pasukan India di bawah kendalian Igor Stimac masih belum tewas untuk tahun 2023 ini.

Beberapa hari yang lalu, 26 pemain telah disenarai pendek oleh Igor Stimac bagi membawa cabaran India di Pestabola Merdeka. Dalam 26 pemain yang disenarai pendek, India hanya mempertaruhkan dua orang penyerang sahaja iaitu Sunil Chhetri dan Manvir Singh.

Advertisements

Dijangkakan khidmat Manvir Singh akan digunapakai pada aksi menentang Malaysia, 13 Oktober ini. Ini kerana, prestasi semasa pemain berketinggian 1.87 meter agak cemerlang bersama kelabnya, Mohun Bagan SG.

Untuk musim 2023, Manvir sudah meledak empat gol dan menyumbang tiga bantuan gol dalam 13 perlawanan yang telah dilalui. Mempunyai fizikal yang ideal sebagai penyerang, Manvir dijangka menjadi aset terpenting India bagi menjaringkan gol.

Advertisements

Igor Stimac akan mengecilkan skuad kepada 23 pemain sebelum berlepas ke Malaysia dengan tiga pemain akan disisihkan. Pengumuman 23 pemain terakhir ke Malaysia akan dibuat pada minggu kedua bulan Oktober.

India akan memulakan aksi Pestabola Merdeka dengan perlawanan menentang tuan rumah, Malaysia pada 13 Oktober ini. Satu lagi aksi akan menemukan Palestin dan Tajikistan. Pemenang bagi kedua-dua aksi ini akan mara ke pentas akhir manakala pasukan yang tewas akan melalui perlawanan penentuan tempat ketiga.

Advertisements

News Comments Account