Penyokong Al-Ittihad Mahu Buriram United Kalahkan Al-Ahli
MakanBola
Buriram United
Sponsors

Seorang penyokong Al-Ittihad berharap kelab Thailand, Buriram United dapat mencipta kejutan ke atas Al-Ahli di peringkat suku akhir Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE).

Hasrat itu disuarakannya kepada dua bintang Buriram, Martin Boakye dan Peter Zulj dalam satu rakaman video yang dikongsikan SNE Sports.

Ad

Sebaik mengetahui Boakye dan Zulj mewakili Thunder Castle, penyokong kelab gergasi Arab Saudi itu percaya kelab Thailand itu mampu melakar kejutan ke atas Al-Ahli.

Ad

“Saya percayakan anda bila menentang mereka. Tewaskan mereka, tolong menang (ke atas Al-Ahli),” katanya.

Selepas mendengar kata-kata penyokong tersebut, Boakye dan Zulj hanya tersenyum dan menunjukkan isyarat bagus sebelum berlalu meninggalkannya.

Ad

Al-Ahli dan Al-Ittihad merupakan musuh setempat kerana kedua-dua kelab mewakili bandaraya Jeddah. Perseteruan itu kembali hangat apabila Al-Malaki kembali berada dalam Saudi Pro League (SPL) musim 2023/24.

Ad

Persaingan ini semakin hangat terutama dengan saingan SPL kini menghampiri penghujung musim. Al-Ittihad menerajui liga dengan 68 mata, 10 mata di hadapan Al-Ahli yang menduduki tempat keempat.

Buriram United bakal berdepan AL-Ahli pada 27 April ini. Mereka akan berdepan kelab Arab Saudi itu tanpa kelibat dua tonggak, Suphanat Mueanta dan Theerathon Bunmathan.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments