Penyokong Arahkan Klopp Dipecat, Pemain Berparti Di Anfield
EPL
Advertisements

Penyokong Liverpool semakin hilang sabar dengan Jurgen Klopp dan kekalahan memalukan Liverpool di Anfield ketika menentang musuh utama, Everton menambah luka di jiwa penyokong Liverpool.

Sebuah laman Twitter dengan username @kloppmustgo kini mempunyai 1850 pengikut dan meningkat jumlahnya setiap kali Liverpool tewas.

“Saya sudah selesai sekarang. Saya menyokong #KloppOut. Sakit aku dibuatnya. Ianya sentiasa salah orang lain. Kita kelab lembut. Orang akan salahkan pemilik kelab dan ianya tak bagus. Mereka tidak menetapkan pasukan dan taktikal, Klopp yang menetapkan semua itu. Beliau memusnahkan ia sekali lagi.” Jelas salah seorang penyokong di Twitter.

Advertisements
https://twitter.com/WorstInvestor2/status/1363211191234007040

Liverpool mencatatkan prestasi terburuk sejak 98 tahun lalu apabila mencatatkan kekalahan ke-4 berturut-turut di halaman sendiri seperti Anfield itu tiada apa-apa.

Sementara itu para pemain Everton berparti di bilik persalinan di Anfiled sejurus perlawanan tamat.

“Arghhhhh, arghhhh, arghhhh,” jelas para pemain semasa meraikan parti kecil berkenaan.

Advertisements

Selain itu para pemain Everton juga berjoget.

Liverpool kini ditangga ke-6 liga dan berisiko jatuh ke tangga 7 Liga sekiranya Everton mencatatkan kemenangan pada perlawanan seterusnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram