Penyokong Bantu AFC Wimbledon Baiki Padang Rosak Akibat Banjir
MakanBola
AFC Wimbledon

Penyokong kelab League Two (divisyen keempat England), AFC Wimbledon mengumpul dana lebih £110,000 (RM650,000) utnuk membaiki padang stadium mereka yang rosak.

Inisiatif itu digerakkan selepas hujan lebat pada 22 dan 23 September lalu mengakibatkan tebing Sungai Wandle pecah dan membanjiri sebahagian kawasan selatan London.

Ad

Ini kali pertama tebing Sungai Wandle pecah sejak kali terakhir direkodkan berlaku pada tahun 1960-an. Musibah banjir ini turut berlaku di sebahagian wilayah tengah dan selatan England.

Ad

Ini mengakibatkan banyak kawasan terjejas termasuk stadium keramat The Dons, Stadium Cherry Red Records. Sebaik banjir surut, ramai penyokong terkejut melihat lubang benam yang terhasil di kawasan padang.

Keadaan padang Stadium Cherry Red Records yang teruk mendorong tarikh beberapa perlawanan membabitkan The Dons ditangguhkan atau diadakan di gelanggang tempat lawan.

Ad

Ini termasuk aksi Carabao Cup antara kelab itu dengan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Newcastle United pada 1 Oktober ini. Perlawanan itu bakal diadakan di gelanggang Newcastle, St. James Park.

Ad

Selepas banjir surut, Wimbledon terus menggerakkan usaha pemulihan termasuk mengepam lebih 100,000 gelen air keluar dari stadium.

Ad

The Dons turut menghargai sokongan kewangan daripada penyokong untuk membantu memulihkan kembali padang Stadium Cherry Red Records.

Inisiatif mengumpul dana memulihkan padang The Dons digerakkan seorang penyokong bernama Graham Stacey di laman pengumpulan dana Just Giving.

Berdasarkan semakan terkini, lebih 2,800 orang sudah mendermakan wang berjumlah £118,000 (RM650,000). The Magpies turut menyumbang kepada usaha berkenaan dengan mendermakan wang berjumlah £15,000 (RM82,000).

Pengarah urusan Wimbledon, James Woodroof turut berharap aksi Carabao Cup antara Newcastle dan pasukan itu dihadiri ramai penyokong. Ini kerana 45% daripada hasil jualan tiket bakal diterima The Dons.

Atas sebab itu, Woodroof berharap penyokong dapat hadir beramai-ramai ke stadium. Ini kerana sokongan mereka cukup bermakna pada masa yang sukar ini.

“Ada perkongsian pendapatan, jadi kita dapat 45% daripada jualan tiket. Jika anda tinggal di Newcastle, sila hadir kerana dengan menyokong pasukan anda, anda menyokong kami,” katanya seperti dilaporkan BBC Sport.

The Dons juga sibuk mengadakan perbincangan dengan Liga Bola Sepak Inggeris (EFL) tentang pilihan venue alternatif. Ini bagi membolehkan mereka dapat memenuhi komitmen perlawanan League Two sementara proses pemulihan padang Stadium Cherry Red Records sedang berjalan.