Dunia
Terengganu FC
Advertisements

Kehebatan pemain Terengganu FC, Faisal Halim ternyata tidak dapat disangkal lagi apatah lagi beliau menjaringkan gol penyamaan buat pasukannya dalam perlawanan separuh akhir Piala FA menentang Selangor FC semalam.

Pada aksi semalam, Terengganu ketinggalan satu gol pada separuh masa pertama sebelum Faisal Halim menjaringkan gol melalui larian solo yang memperdaya tiga pertahanan sebelum melepaskan rembatan menewaskan penjaga gol Selangor untuk kedudukan terikat 1-1.

Disebalik kecemerlangan Faisal pada aksi semalam, pemain berasal dari Pulau Pinang itu dikhabarkan masih belum menandatangani kontrak baharu bersama Terengganu walaupun pihak pengurusan sudah menawarkannya. Faisal kini mahu memberikan fokus sepenuhnya kepada saingan musim ini bersama Terengganu.

Advertisements

Menjengah di laman facebook, terdapat penyokong yang memberikan cadangan kepada pengurus Terengganu FC, Haji Mohd Fadhil Wahab supaya memberikan kontrak panjang kepada Faisal Halim.

Selain memberikan cadangan untuk menawarkan kontrak yang panjang, penyokong tersebut juga mencadangkan untuk mengurangkan kuota seorang pemain import dan dana menggaji pemain import tersebut boleh digunakan untuk menaikkan gaji Faisal.

Faisal import TFC Penyokong Cadang Kurangkan Import Untuk Naikkan Gaji Faisal Halim
Kredit Group Facebook Terengganu FC

Walau apa pun keputusan Faisal Halim, sudah pastinya kudrat beliau bersama Terengganu FC tidak akan dilupakan para penyokong. Apatah lagi jaringan beliau semalam membantu pasukan Terengganu layak ke final Piala FA.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram