Penyokong Celtic Sokong Palestin
Eropah
Total Football
Advertisements

Peperangan Palestin dan negara haram Israel dilihat seperti tiada penghujung apabila angka kematian kian bertambah dari hari ke hari. Aktiviti bola sepak yang melibatkan Palestin juga tersekat gara-gara peperangan tersebut.

Sokongan terus diberikan kepada Palestin dan antara yang memberikan sokongan padu buat Palestin adalah penyokong pasukan gergasi Scotland, Celtic.

Dalam satu ciapan di aplikasi X, kumpulan penyokong Celtic yang menggelarkan diri mereka The Green Brigade telah menyatakan sokongan penuh kepada Palestin dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel.

Advertisements

Penyokong Celtic juga merancang untuk mengibarkan bendera Palestin pada aksi Liga Juara-Juara Eropah menentang Atletico Madrid pada 25 Oktober bagi memberitahu satu dunia bahawa Celtic hanya menyokong manusia yang ditindas dan bukannya penindas.

Ini bukanlah kali pertama, penyokong Celtic menyatakan sokongan padu kepada Palestin. Biarpun Celtic pernah didenda UEFA gara-gara mengibarkan bendera Palestin, namun penyokong Celtic sendiri mengutip dana untuk membayar denda manakala selebihnya disumbangkan kepada Palestin.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram