Penyokong China Berang, Minta Pulangkan Duit Tiket Selepas Diikat Singapura
Asia
FA Singapura
Advertisements

Rata-rata penyokong pasukan China berang apabila pasukan negara mereka sekadar mendapat keputusan seri berdepan Singapura semalam.

Hadir membanjiri perkarangan Stadium bagi memberi sokongan penuh buat pasukan, penyokong China akhirnya terpaksa akur apabila Singapura berjaya bangkit menyamakan kedudukan.

Dengan keputusan 2-2 yang dicatatkan malam tadi, penyokong China meluahkan rasa tidak puas hati selepas tamat perlawanan. Ramai yang berang dan mahukan duit tiket mereka dipulangkan semula.

Advertisements

Perkara tersebut dilaporkan di laman media sosial X China Sport Vision 2050 sebentar tadi. Difahamkan harga tiket yang dijual pada perlawanan tersebut mencecah hingga ratusan ringgit.

Keputusan seri yang diraih oleh anak buah Branko Ivanković berdepan lawan yang ranking FIFA nya lebih rendah jelas memberi kesan kepada pengendali asal Croatian itu.

Beliau perlu membuat sesuatu untuk aksi yang seterusnya bagi menambah semula hati peminat bola sepak China.

Advertisements

China kekal berada di tangga ke-3 dalam kumpulan sementara Singapura berjaya meraih satu mata permata selepas dua perlawanan tewas dan kekal di tangga tercorot kumpulan C.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram