Advertising
Penyokong India Buatkan Kuwait Seperti Rumah Sendiri
MakanBola
Olympics

India yang menghuni ranking ke-102 dunia baru-baru ini telah mengejutkan tuan rumah, Kuwait dengan keputusan 1-0 bagi aksi sulung mereka dalam Kelayakan Piala Dunia 2026.

Penyerang Mohun Bagan, Manvir Singh menjadi wira mereka apabila berjaya meledak jaringan tunggal pada minit ke-75 permainan.

Kemenangan itu menjadi lebih bermakna lagi apabila ianya diraikan oleh ribuan penyokong India yang hadir membanjiri Stadium Antarabangsa Jaber Al-Ahmad.

Ad

Dalam satu video yang dimuatnaik Indian Football di laman X, ribuan penyokong India telah hadir ke stadium berkenaan dan mereka berjaya membuatkan atmosfera di dalam stadium tersebut seperti di rumah mereka sendiri.

Ad

Daripada semua penduduk di Kuwait, bilangan rakyat India adalah lebih 100 ribu yang tinggal di negara Timur Tengah dengan ianya merupakan jumlah terbesar.

Ad
Ad

Jadi ianya tidak mustahil untuk menyaksikan penyokong India hadir membanjiri Stadium Antarabangsa Jaber Al-Ahmad yang mempunyai 60,000 tempat duduk.

Untuk aksi seterusnya, India bakal berdepan ujian getir apabila bakal berdepan pasukan di ranking ke-61 dunia iaitu Qatar. Kelebihan sebagai tuan rumah pasti akan digunakan anak-anak buah Igoc Stimac untuk mencipta kejutan.