Asia Tenggara
Advertisements

Selepas Luqman Hakim Shamsudin, Malaysia kini mempunyai seorang lagi pemain yang beraksi di eropah iaitu Safawi Rasid yang menerima tawaran daripada kelab Liga Portugal, Portimonense S.C. Perkara ini disahkan sendiri oleh pemilik kelab Johor Darul Takdzim, Tengku Mahkota Johor melalui komen di laman instagram rasmi JDT.

IMG 20200826 010820 2 Penyokong Indonesia Dakwa Safawi Bakal 'Jual Cendol' Sahaja Di Eropah

Namun, berita ini mendapat reaksi yang negatif daripada warga Indonesia yang menyatakan bahawa Safawi hanya akan menjadi pemain di bangku simpanan dan juga hanyalah pemain titipan.Ada juga yang menyatakan Safawi hanya akan menjual cendol durian di sana.

Malah, beberapa orang penyokong Indonesia juga membandingkan Safawi Rasid dengan pemain Indonesia lain yang bermain di eropah seperti Egy Maulana Vikri. Namun terdapat juga komen ‘cerdik’ daripada penyokong Indonesia yang mengakui Safawi merupakan pemain yang hebat dan layak beraksi di eropah tanpa mengharapakan bantuan daripada sponsor. Malah mereka turut mendoakan agar beliau sentiasa sukses.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram