Penyokong Indonesia Mahu Kluivert Segera Dipecat
MakanBola
Timnas Indonesia
Sponsors

Ramai penyokong Indonesia mahu pengendali pasukan itu, Patrick Kluivert segera dipecat.

Tuntutan itu dibuat selepas melihat Tim Garuda dibelasah Australia 5-1 di Stadium Allianz, Sydney.

Ad

Indonesia bernasib malang apabila Kevin Diks gagal menyempurnakan penalti pada minit kelapan. Ini membuka ruang buat The Socceroos mendahului menerusi penalti Martin Boyle dan Nishan Velupillay.

Ad

Bekas pemain tengah Hull City, Jackson Irvine memastikan Australia selesa mendahului 3-0 sehingga rehat.

Lewis Miller menambah derita Indonesia pada minit ke-61. Penyerang Oxford United, Ole Romeny menyumbat gol saguhati buat Tim Garuda 17 minit selepas itu.

Ad

Irvine memastikan Indonesia berduka dengan gol ke-11 di peringkat antarabangsa. Keputusan 5-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Ad

Sebaik perlawanan tamat, slogan #KluivertOut mula tular di media sosial terutama di X. Seorang penyokong bernama Ferry Hidayat menyifatkan kekalahan ini sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima.

Ad

Ini kerana pada hematnya, Indonesia menggunakan ramai pemain warisan yang beraksi di liga-liga ternama di Eropah dan Asia. Kelebihan ini sepatutnya dimanfaatkan Kluivert tetapi itu tidak berlaku.

“Tidak bisa dimaafkan. Pemain sudah yang paling hebat dipakai semua tapi kalah 5-1 itu kenapa!” katanya.

Seorang lagi penyokong bernama Kang Sandi turut sependapat dengannya. Kekalahan besar ini menyebabkan Indonesia berdepan tugas sukar sama ada bergelar naib juara Kumpulan C atau mara ke pusingan keempat.

“Hilang sudah mimpi kita lolos langsung ke Piala Dunia 2026. Yang bisa diharapkan adalah mara selaku naib juara (Kumpulan C) atau ke pusingan keempat,” ujarnya.

Indonesia kini berdepan Bahrain dalam aksi kelayakan berikutnya di Gelora Bung Karno pada 25 Mac ini.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments