Penyokong Kedah Berpuas Hati Dengan Layanan Baik Di Stadium Sultan Ibrahim
MakanBola
Johor Southern Tigers

Penyokong Kedah berpuas hati dengan layanan yang baik ketika berada di Stadium Sultan Ibrahim bagi aksi Liga Super di antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada Jumaat.

Perkara tersebut disuarakan sendiri oleh salah seorang penyokong Kedah yang dikenali sebagai Haikal Amsyar melalui satu video di laman Tiktok.

Di dalam video berdurasi 17 saat itu memaparkan beliau bersama beberapa penyokong Kedah yang lain sedang berjalan keluar dari Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

Ad

Apa yang menarik perhatian ramai adalah bagaimana pihak keselamatan yang terdiri daripada polis telah membuat satu kawalan yang ketat buat penyokong Kedah bagi memastikan keselamatan mereka terjaga.

Ad

Keadaan tersebut membuatkan Haikal merasa diri beliau dilayan seperti seorang VIP apatah lagi para penyokong JDT turut bersorak kepada mereka.

“Kalah menang adat permainan, terima kasih penyokong JDT, marshal dan polis SSI.

Ad
Ad

“Keluar stadium pun macam VIP. Perlawanan seterusnya fokus Kedah bangkit. Lupakan sengketa, kita bangkit bersama,” coret Haikal di laman Tiktok.

Ad
@haikalamsyarrrr

keluar stadium pun macam vip😄, next game focus kedah bangkit, lupakan sengketa kita bangkit bersama💪🏻🔰 #fyp #awaydays #stadiumsultanibrahim🏟 #pulunkedahpulun #ultraskedah

♬ suono originale – Black Themesongs

Kawalan keselamatan terbaik yang diberikan oleh JDT buat penyokong lawan adalah sesuatu yang wajar dipuji bagi memastikan semua penyokong yang hadir ke stadium pulang dalam keadaan yang selamat.

JDT kini gah di puncak Liga Super musim ini dengan mengumpul 22 mata selepas 8 perlawanan. Mereka berjaya mencatatakan 7 kemenangan, satu keputusan seri dan masih belum mencatatkan sebarang kekalahan.