Penyokong Kelab Perancis Beri Penghargaan Kepada Harry Maguire
MakanBola
Manchester United
Sponsors

Penyokong kelab Saint Etienne memberi penghargaan yang tidak disangka-sangka kepada bek tengah Manchester United, Harry Maguire.

Nama bek tengah England itu menjadi sebutan selepas menjaringkan gol kemenangan dalam aksi suku akhir kedua Liga Europa UEFA (UEL) menentang Olympique Lyon.

Ad

Gol Maguire memastikan United mara ke peringkat separuh akhir dengan keputusan agregat 7-6.

Ad

Kini, penyokong Saint Etienne memilih memberi penghargaan kepada beliau menjelang aksi Ligue 1 kelab itu dengan Lyon.

CBS Sports Golazo memuat naik gambar dua penyokong Les Verts memakai baju yang membawa mesej Merci Maguire yang bermaksud Terima Kasih Maguire.

Ad

Satu lagi gambar menunjukkan sekumpulan penyokong Saint Etienne membawa sepanduk mesej sama di Stadium Guichard.

Ad

Lyon yang berharap dapat bangkit dalam saingan domestik hampa apabila tewas 2-1 kepada Les Verts. Lucas Stassin menyumbat dua gol buat tuan rumah.

Tanner Tessmann menyumbat gol saguhati buat Les Gones. Kemenangan itu menghidupkan peluang Saint Etienne untuk keluar dari kelompok penyingkiran Ligue 1.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments