Ads
Penyokong Korea Berang, Halau Shin Tae-yong Selepas Kemenangan Indonesia
Asia
PSSI

Kejayaan Indonesia menewaskan Korea Selatan dalam aksi suku akhir Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) 2024 semalam membuatkan ramai penyokong Korea marah.

Advertisements

Ini kerana kejayaan Tim Garuda itu memastikan Pahlawan Taeguk gagal layak ke Sukan Olimpik buat kali pertama dalam sejarah bola sepak negara itu.

Advertisements

Hal ini tidak dibantu dengan fakta Tim Garuda layak ke separuh akhir Piala Asia B-23 2024 di bawah bimbingan jurulatih Korea Selatan, Shin Tae-yong.

Advertisements
Advertisements

Ini mendorong sesetengah penyokong meletakkan sepanduk yang mahukan Tae-yong diusir dari Korea Selatan atas apa yang berlaku.

Salah satu gambar sepanduk berkenaan dikongsikan oleh akaun X, Komisi Wasit pagi ini. Menariknya, bahasa yang digunakan pada sepanduk tersebut bukan Bahasa Korea tetapi Bahasa Jawa dan Bahasa Indonesia.

Advertisements

“Susulan kekalahan Korea Selatan kepada Indonesia, pagi ini di Wisma KFA (Persatuan Bola Sepak Korea Selatan) sudah ada sepanduk (yang membawa mesej) penolakan kembalinya Shin Tae-yong,” katanya.

Indonesia berjaya mara ke separuh akhir selepas mengatasi cabaran Korea Selatan menerusi penentuan sepakan penalti.

Penjaga gol Tim Garuda, Ernando Ari muncul wira dengan menafikan dua daripada 10 sepakan penalti yang diambil pemain Pahlawan Taeguk.

Advertisements

Selepas ini, Indonesia bakal menanti pemenang perlawanan antara Uzbekistan dan Arab Saudi sebagai lawan di peringkat separuh akhir.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram