Penyokong Malaysia Masih Menanti Kelibat R. Kogileswaran Di Korea
MakanBola
Chfc_2023
Sponsors

Para penyokong setia Malaysia dilihat terus mengikuti rapat bintang baharu Chungbuk Cheongju FC, R.Kogileswaran yang masih belum diturunkan sehingga kini.

Bekas bintang Petaling Jaya City FC ini telah membuat keputusan untuk berpindah ke luar negara bagi mengembangkan kariernya.

Ad

Beliau difahamkan telah menerima dua tawaran daripada Korea namun memilik untuk menyertai kelab divisyen 2 tersebut.

Ad

Namun begitu, kelibat pemain berusia 25 tahun ini masih belum membuat kemunculan di bawah bimbingan Choi Yun-kyum sungguhpun saingan liga sudah pun bermula.

Perkara ini dapat difahami kerana Kogi baru sahaja berpindah ke sana dan sudah tentu masih memerlukan masa untuk menyesuaikan diri.

Ad

Malah, ini juga menjadi satu cabaran buatnya untuk membuktikan kemampuan sebenar beliau bagi menembusi kesebelasan utama di sana.

Ad

Bagi aksi berdepan Kimcheon Businessman semalam, nama Kogileswaran sekali lagi tidak tersenarai di dalam skuad sekaligus menjadi tanda tanya penyokong.

Ad
View this post on Instagram

A post shared by 충북청주FC (@chfc_2023)

“Tiada Kogi, mungkin beliau memerlukan masa untuk menyesuaikan diri di sana dan memperoleh karier yang sukses,” komen Haziq Azhar.

“Masih mencari yang tiada,” jelas Hidayat pada ruangan hantaran kesebelasan utama pasukan.

Chungbuk kini berada pada tangga ke-3 selepas mencatatkan 1 kemenangan dan 1 kekalahan pada musim ini.

Aksi berikutnya berlangsung pada 11 Mac apabila mereka bakal turun di laman sendiri menentang Busan IPark.