Penyokong Malaysia Zahir Simpati, Jepun Pula Sudah Lali
MakanBola
Timnas Indonesia
Sponsors

Penyokong Malaysia menzahirkan simpati terhadap nasib Timnas Indonesia manakala Jepun seakan lali dengan situasi tersebut.

Skuad kendalian Shin Tae-yong dihukum saat akhir apabila terpaksa berkongsi mata dengan pasukan ke-75 dunia, Bahrain selepas seri 2-2 awal pagi ini.

Ad

Kekecewaan jelas terpancar pada reaksi pemain dan penyokong Timnas Indonesia selepas pengadil perlawanan, Ahmed Abu Bakar Al-kaf yang berasal dari Oman apabila memberi tambahan masa melebihi tempoh yang ditetapkan.

Ad

Situasi ini memberi peluang buat Bahrain untuk mengatur serangan dan berhasil memperoleh sepakan sudut yang membolehkan Jasim Marhoon menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-99.

Perkara ini membuatkan kem Indonesia tidak berpuas hati dan beranggapan kemenangan mereka telah diragut oleh Ahmed Abu Bakar Said Al-Kaf yang memberi tambahan waktu buat tuan rumah.

Ad

Peminat Malaysia menzahirkan simpati terhadap nasib Timnas Indonesia yang terlepas peluang melakar kemenangan pertama pada pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.

Ad

“Macam mana pengadil boleh tak tiup wisel penamat?” ujar Arif pada ruangan komen MakanBola.

Ad

“Dulu Malaysia dah rasa kena saat akhir dengan Bahrain, sekarang Malaysia pula,” tambah pengguna lain.

Peminat dari Jepun turut tidak melepaskan peluang dengan menyatakan bahawa mereka juga pernah mengalami nasib yang sama.

“Untuk peminat Indonesia dari Jepun, kami juga telah mengalami situasi yang sama oleh negara ‘Timur Tengah’ selama bertahun-tahun.

“Anda perlu membiasakan diri dengan situasi ini. Apabila anda mengatasi pertembungan dengan mereka, anda akan menjadi lebih kuat.
Sebagai peminat dari Jepun, saya berharap bola sepak Indonesia terus berkembang,” jelas Victor pada ruangan komen Youtube AFC.

Penyokong Jepun juga kembali terkenang peristiwa lampau yang menyebabkan pasukan mereka dihukum.

” Ini adalah pusingan kelayakan AFC. Amat sukar untuk melepasi pusingan kelayakan sambil mengharungi pengadil yang tidak munasabah dari Timur Tengah.

“Penjaga gol Jepun pernah menerima kad merah yang tidak munasabah pada masa lalu. Namun begitu, saya rasa Indonesia adalah pasukan yang paling berkembang dan bertenaga di Asia tanpa bergantung kepada pengadil atau permainan kasar. Ayuh terus buat yang terbaik.”

China bakal jadi halangan keempat Indonesia yang dijadualkan berlangsung pada 15 Oktober 2024 di laman lawan.