Penyokong Mula Persoal Tindakan Kedah
Liga Super
KDA FC
Advertisements

Segelintir penyokong pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) mula mempersoalkan tindakan pihak pengurusan mengenai kemasukan pemain-pemain baharu.

Baru-baru ini, Kedah telah mengumumkan kemasukan penjaga gol baharu, Wan Mohd Syazmin yang beraksi bersama Sri Pahang pada musim lalu.

Kehadiran Syazmin itu nyata mengundang rasa aneh buat beberapa penyokong kerana kini Kedah sudah mempunyai empat penjaga gol bersama skuad utama.

Advertisements

“Kata nak jimat belanja, ni ambil sampai 4 penjaga gol. Tiga penjaga gol yang ada pun ada yang tak main langsung. Good job management,” luah Mohd Hafiszul di ruangan komen Facebook rasmi Kedah.

Rata-rata penyokong risau akan tindakan Kedah dan tertanya-tanya ke manakah langkah penjimatan yang dilaungkan sebelum ini.

“Inikah langkah penjimatan yang dilaungkan sebelum ini?,” coret Mohd Zairul Azmil di ruangan komen Facebook rasmi Kedah.

Advertisements

Untuk rekod, Kedah sudah mempunyai tiga penjaga gol sebelum kehadiran Syazmin iaitu Kalamullah Al-Hafiz, Ifwat Akmal dan Fikri Che Soh.

Pihak pengurusan Kedah sudah pasti mempunyai pelan dan sebab tersendiri mengapa membawa masuk penjaga gol keempat bagi saingan musim baharu Liga Super yang dijadualkan bermula bulan hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram