Penyokong Selangor Bakal Penuhi Stadium MBPJ Berbaju Melayu
Liga Super
Selangor FC
Advertisements

Dengan sambutan Aidilfitri bakal menjelang tidak lama lagi, Selangor mengambil pendekatan kreatif untuk perlawanan terakhir mereka pada bulan Ramadan. Untuk aksi Liga Super menentang Terengganu esok, Merah Kuning mahu para penyokong hadir ke Stadium MBPJ dengan memakai baju Melayu.

Seruan ini dibuat melalui satu hantaran di laman media sosial Selangor FC hari ini. Menariknya, hantaran media sosial tersebut turut menggunakan gambar kapten Gergasi Merah, Brendan Gan segak berbaju Melayu berwarna merah.

Sejak ia dimuatnaik di laman media sosial, ia mendapat reaksi positif daripada penyokong Selangor. Ini kerana ini bukan saja menunjukkan pengurusan Merah Kuning cakna dengan peristiwa semasa termasuk sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal diraikan beberapa hari saja lagi.

Advertisements

Malah, ia juga merupakan satu cara kreatif bagi menarik lebih ramai penyokong untuk hadir ke stadium dan memberi sokongan padu kepada anak-anak buah Tan Cheng Hoe.

Dengan Terengganu difahamkan tempang tanpa tiga tonggak utama mereka, sudah pastinya sebarang kelebihan mahu dimanfaatkan Selangor untuk meraih kemenangan esok. Ini termasuk melihat para penyokong segak berbaju Melayu memberi sorakan kepada Merah Kuning di Stadium MBPJ.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram