Penyokong Selangor Sempat Rakam Insiden Melibatkan Penjaga Gol Sri Pahang
Liga Super
Selangor FC
Advertisements

Hasrat Selangor FC untuk memungut tiga mata dalam saingan Liga Super berkecai selepas tewas mengejut 0-1 kepada pasukan Sri Pahang FC pada aksi yang dilangsungkan di Stadium Darul Makmur petang semalam.

Disebalik kekalahan yang menimpa Selangor itu, terdapat insiden yang berlaku selepas tamat perlawanan. Insiden tersebut melibatkan penjaga gol Sri Pahang, Zarif Irfan.

Dalam video yang tular di media sosial Tiktok itu, Zarif dilihat cuba pergi ke arah penyokong Selangor namun terpaksa dihalang oleh pemain-pemain Pahang.

Advertisements

Video yang dikongsikan oleh pemilik akaun Tiktok, Yumikaisara itu juga memperlihatkan pegawai keselamatan terpaksa meluru ke arah penyokong Selangor untuk mententeramkan keadaan sebelum ianya menjadi lebih teruk.

Insiden itu tidak berakhir di situ kerana selepas itu, timbul pula sedikit pergeseran di antara para pemain kedua-dua pasukan di bangku simpanan. Zarif terpaksa ditenangkan rakan-rakan sepasukannya.

https://www.tiktok.com/@yumikaisara/video/7253805405728443650?_r=1&_t=8drmI11a7px

Tidak pasti apakah yang telah berlaku namun insiden pergaduhan bukanlah sesuatu yang positif untuk dipertontonkan. Sememangnya adat permainan, ada yang menang dan ada yang kalah.

Advertisements

Sri Pahang kini berada di tangga ketiga Liga Super mengumpul 34 mata berkongsi mata yang sama dengan pasukan Selangor di tangga kedua. Sri Pahang akan bertemu Sabah FC pada 15 Julai ini di Stadium Likas manakala Selangor pula bakal melayan kunjungan Penang FC pada tarikh yang sama.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram