Penyokong Terkejut Lihat Cara Arif Aiman Beraya
MakanBola
IG ariifaiman42

Seorang penyokong mendedahkan bahawa beliau terkejut melihat pemain bintang Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Harimau Malaya, Arif Aiman Hanapi meraikan Hari Raya Aidilfitri.

Penyokong yang bernama Mohd Faisal itu telah berkongsi bahawa biarpun Arif sudah menjadi seorang pemain bola sepak yang berjaya namun Arif tidak lupa kepada asal-usul dan tidak sombong ketika beraya bersama keluarga tercinta di Kelantan baru-baru ini.

Ad

“Apabila medengar anak-anak muda kampung berbual dengan bangganya tentang Arif Aiman pulang ke kampung dan duduk makan-makan di gerai kampung, terdetik di hati saya, bagus juga budak ni walaupun mempunyai nama besar tetapi tidak sombong.

Ad

“Selesai menziarahi saudara, saya mahu menziarahi kawan saya (sepupu Arif Aiman). Apabila sampai dirumah keluarganya, saya melihat ramai anak-anak muda dengan motosikal di depan rumahnya.

“Setelah masuk ke dalam, saya bertanya kepada beliau . Katanya anak-anak muda itu semuanya yang datang bertemu Arif Aiman dan mahu bergambar.

Ad

“Dari pagi sampai ke malam, seharian kerja Arif Aiman hanya bergambar. Saya tidak mengambil masa terlalu lama di situ kerana orang ramai dan hari telah lewat malam,” coret Mohd Faisal di laman Facebook.

Ad

Dalam masa yang sama, Faisal juga terkesima dengan keperibadian Arif yang sentiasa mengikuti keluarganya mengunjungi rumah sanak saudara biarpun hanya diberikan cuti dua hari oleh majikannya.

Ad

“Arif Aiman jika pulang ke kampung waktu Hari Raya dia akan jadi anak ayah dan anak mak. Dia akan ikut ayah, ibu dan adik beradiknya ziarah raya ke rumah saudara mara. Saya lihat situasi itu depan mata saya. Macam kanak-kanak ikut ibu bapa pergi beraya.

“Jadi saya tak peliklah jika Arif Aiman mempunyai kehebatan yang luar biasa dan rezekinya melimpah ruah. Kerana beliau dilahirkan dari keluarga yang ada kualiti adab dan budaya. Kemudian beliau bekerja dan dilatih pula oleh majikan yang hebat.

“Ambillah iktibar kepada semua anak-anak muda termasuklah anak-anak saya sendiri. Setinggi mana sekali pun kita terbang, janganlah kita lupa dibawah. Ikutlah resmi padi. Makin berisi makin menunduk,” jelas Faisal lagi.

Hasil tinjauan di laman Johor Southern Tigers, Arif sudah pun mula kembali ke latihan JDT pada 4 April yang lalu.

JDT yang sudah pun sah sebagai juara Liga Super 2024/2025, kini dalam perjalanan mengejar satu lagi piala yang dipertandingkan iaitu Piala Malaysia apabila dijadualkan bertemu Sri Pahang FC di pentas akhir pada 26 April depan.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments