Perancang tengah kelahiran Malaysia-Finland, Nooa Laine telah pun dipanggil dalam senarai 27 orang pemain yang akan menjalani latihan kem kebangsaan di Johor minggu ini.
Malaysia akan berdepan dua perlawanan persahabatan antarabangsa tier 1 berdepan Turkmenistan dan Hong-Kong di Stadium Sultan Ibrahim.
Berdasarkan senarai pemain yang dimumkan, terdapat 8 orang pemain baharu yang dipanggil untuk membawa cabaran negara kali ini.
Namun begitu, para penyokong nyata tidak sabar untuk menanti debut perancang tengah berbakat ini di bawah kendalian Kim Pan-gon.
Jurulatih kelahiran Korea Selatan itu jelas mahu menagih khidmat Nooa yang sudah beberapa kali dipanggil untuk memperkuatkan skuad muda negara sebelum ini.
Beliau akan bersaing dengan nama-nama seperti Endrick Dos Santos dan juga Paulo Josue untuk mengisi posisi tengah negara.
Pemain yang kini berkelana bersama SJK Akatemia mendapat pujian daripada ketua jurulatihnya, Joaquin Gomez yang menganggap bahawa beliau merupakan pemain terbaik di kelab.
“Beliau telah membuktikan kemampuannya dan menjadi antara salah seorang pemain paling dan saya yakin beliau mempunyai masa depan yang cerah.”
Hal ini juga menyebabkan para penyokong ternanti-nanti kemunculannya bersama pasukan kebangsaan.
“Agak teruja untuk melihat barisan pemain kali ini. Tak sabar nak lihat wonderkid Malaysia, Nooa Laine yang turut tersenarai,” ujar Adam.
“Nooa Laine beraksi, wajib tengok,” jelas Adib gembira.
Perkembangan beliau dalam kancah bola sepak Eropah turut memberi ruang buatnya untuk membuktikan kemampuan sebenar sekiranya mahu berada dalam skuad ke Piala Asia tahun hadapan.