Penyokong Thailand Jatuh Cinta Dengan Jersi Terengganu
Asia Tenggara
Terengganu FC
Advertisements

Sebahagian besar penyokong Terengganu FC kini datang dari seberang apabila mereka mengumumkan ketibaan penyerang prolifik Thailand, Adisak Kraisorn.

Pemain berusia 32 tahun itu merupakan antara bintang skuad Piala AFF Changsuek tahun lalu apabila membantu mereka menjuarai kejohanan tersebut.

Perpindahan Adisak jelas membuka mata ramai penyokong Thailand yang turut tidak melepaskan peluang melihat jersi terbaru Terengganu musim 2023.

Advertisements

Rata-rata penyokong Gajah Perang berpuas hati malah turut jatuh cinta dengan rekaan terbaru jersi Terengganu bagi musim 2023.

Gergasi Pantai Timur ini tampil dengan rekaan minimalis pada jersi tuan rumah (home) apabila mengekalkan identiti hitam dan putih seperti kebiasaan.

Advertisements

Hal ini mendapat perhatian para penyokong yang amat berpuas hati dengan usaha menghasilkan jersi terbaik musim ini.

“Jersi ini ringkas seperti biasa tetapi menarik.0

Advertisements

“Ia kelihatan segak dengan kolar,” ujar individu yang dikenali sebagai Sonato.

Malah, wartawan terkemuka di sana, Ta Lao telah memberikan penilaian yang amat baik terhadap jersi ini.

Advertisements

“Saya rasa 9/10.”

Peminat setia Terengganu di Malaysia juga berharap agar persembahan pasukan seiring dengan kualiti yang ditampilkan sekaligus bakal merancakkan lagi perjalanan ke Asia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram