Penyokong Thailand Risau Dengan Permukaan Padang Stadium Cheras
MakanBola
Changsuek
Sponsors

Para penyokong Thailand kini mula menzahirkan kerisauan terhadap permukaan terkini Stadium Cheras, Kuala Lumpur.

Seperti yang sedia maklum, stadium tersebut bakal menjadi venue tuan rumah bagi pasukan Brunei sepanjang kempen Piala AFF kali ini.

Ad

Namun begitu, keadaan permukaan padangnya kembali menjadi bualan hangat dalam kalangan penyokong yang risau terhadap persembahan yang akan dipamerkan oleh pasukan kebangsaan mereka.

Ad

Hal ini susulan pasukan kendalian Mano Polking yang bakal memulakan aksi menentang Brunei hari ini, pada jam 8:30 malam waktu tempatan.

Mereka jelas tidak berpuas hati dengan kualiti yang ditawarkan untuk mereka beraksi.

Ad

“Padang bola atau kebun sayur?” soal pemilik akaun Facebook Sirisak Klaimon.

Ad

Namun begitu, sebilangan mereka seakan memahami keadaan hujan yang berterusan telah menyukarkan padang untuk berada dalam keadaan terbaik.

Ad

“Ini berpunca daripada hujan lebat di Malaysia, saya bersimpati dengan nasib jiran kita (Thailand),” jelas Wanyai di laman rasmi Changsuek.

Thailand mahu memulakan kejohanan ini dengan baik dalam usaha mengekalkan kejuaraan yang dimenangi pada edisi lalu.