Penyokong Tidak Marah JDT, Tapi Mereka Berang Dengan ‘Tindakan’ Pengadil
Blog
Johor Southern Tigers
Advertisements

Sentimen membenci pasukan Johor Darul Ta’zim bukan isu baru malah ia bermula sudah sekian lama dan ianya bukan sesuatu yang boleh dikawal dengan mudah.

Namun sentimen ‘membenci’ tanpa sebab munasabah dan tuduhan melampau seperti membeli pengadil kerap diutarakan oleh sebilangan page bola sepak yang menyuruk di belakang takbir halaman komuniti yang dicipta. Ibarat ‘menulis’ kemudian menyurukkan tangan di belakang. Tiada bukti hanya tuduhan melulu.

Menuduh seolah-olah tahu perkara sebenar, menuduh seolah-olah fitnah itu bukan sebuah dosa.

Advertisements

“Tidak masuk syurga orang yang menyebarkan fitnah (mengadu domba).” [Riwayat al-Bukhari (6056) dan Muslim (105)] – Sumber.

Hadis di atas mudah difahami dan penyokong harus peka dan bijak menilai dan menghukum.

Maka membenci perkara buruk dan salah laku pengadil itu wajar jika benar ia dapat dilihat menggunakan mata dan akal. Semoga pengadil terbabit baik pulih prestasi dan belajar menyerap tekanan.

Advertisements

Jutaan mata melihat perlawanan bola sepak dan setiap inci kesalahan pengadil sudah tentu bakal dinilai dan dihukum dengan tangan dan mulut penyokong.

Sebagai contoh pengadil perlawanan Separuh Akhir 1 di antara pasukan Terengganu dan Johor Darul Ta’zim di Gong Badak gagal mengawal perlawanan dengan baik. Beliau membiarkan beberapa insiden keras tanpa tindakan sewajarnya seolah-olah beliau tidak mempunyai maruah sebagai seorang pengadil dengan lambang FIFA di lengan.

Tetapi setelah dilihat rekod perlawanan, pengadil ini juga memberikan 3 kad kuning kepada pemain JDT dan tiada sebarang kad diberikan kepada pemain Terengganu. Kedengaran ‘adil’ jika dilihat dari sudut statistik. Tapi jangan lari dari fakta, pengadil gagal mengawal amarah pemain.

Advertisements

Sejak wisil ditiupkan pengadil sudah tahu perlawanan ini ‘keras’ dan kedua-dua pasukan berada dalam prestasi terbaik dengan deretan kemenangan peringkat kumpulan Piala Malaysia dan Liga Super. Beliau sepatutnya tahu tindakan sewajarnya jika aksi kekerasan berlaku seawal minit pertama, apa perlu buat dan apa pula tindakan selanjutnya.

Sekarang lihat apa sudah jadi apabila insiden-insiden berat dibiarkan begitu sahaja. Maruah pengadil dan institusi pengadilan di Malaysia dipersoal.

Akhirnya salah satu pasukan dituduh dan dibenci semboromo.

Advertisements

Paling penting kita kehilangan “The Beautiful Game” disebabkan pengadil tidak cakna.

Menulis panjang-panjang buat letih saja baca, cukuplah Persatuan Bola Sepak Malaysia mengkaji pengadil terlibat dan menaik taraf kualiti dan pengalaman pengadil sedia ada. Mereka memerlukan lebih banyak pengalaman mengadili perlawanan-perlawanan besar.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram