Perak Berdepan Tunggakan Gaji RM5 Juta
MakanBola
Perak FC
Sponsors

Perak FC berdepan masalah tunggakan gaji sebanyak RM5 juta.

Angka itu didedahkan sendiri pengerusi The Bos Gaurus, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi apabila ditanya tentang jumlah sebenar tunggakan gaji yang perlu dilunaskan.

Ad

Situasi ini tidak dibantu dengan kelab hanya memiliki RM1 juta dalam akaun bank. Abdul Azim mengakui dengan jumlah tersebut, Perak hanya dapat melunaskan 20% daripada tunggakan gaji pemain, staf kejurulatihan dan pegawai.

Ad

“Memanglah ramai yang tak bersetuju. Ramai yang merungut, mencaci saya dan bercakap macam-macam.

“Tetapi pada akhirnya, itu saja yang kita ada. Kita menangis keluar air mata darah pun, itu saja yang kita ada,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

Ad

Abdul Azim memaklumkan situasi ini berlaku kerana pelabur-pelabur pasukan itu tidak mahu lagi menanggung kerugian selepas mengeluarkan belanja sebanyak RM40 juta.

Ad

“Pelabur-pelabur yang sedia ada dulu pun, mereka takkan masukkan dana lagi untuk Perak FC. Ini kerana mereka beranggapan RM40 juta itu sudah memadai.

Ad

“Mereka sudah cukup rugi, satu sen tak dapat apa pun, untung tak dapat. Jadi, (mereka) tak nak bayar,” tambahnya.

Kemelut luar padang yang membelenggu Perak menyebabkan pasukan itu dilaporkan tidak beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M) musim hadapan.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments