Penyokong Perak Berang Jualan Jersi Tercalit ‘Politik’
MakanBola
Sponsors

Penyokong pasukan Perak FC berang apabila mendapati penjualan jersi pasukan tercalit adegan politik.

Menurut satu hantaran di laman sosial Facebook The Supporters dalam dialek Perak;

Ad

“Kesian kome ya bersesak-sesak masuk dalam website bukak katup bukak katup tapi orang Bota dapat jersey secara mudah sahaja. Siap dapat discount lagi cuma perlu wasap sahaja tak perlu beria masuk website.”

Ad

Adalah satu perkara yang mengejutkan apabila mendapati dalam poster berkenaan terdapat diskaun istimewa sebanyak 20 peratus apabila mendaftar sebagai pengundi dengan paparan wajah seorang individu menunjukkan isyarat bagus.

Penyokong Perak mendakwa mereka gagal mendapatkan jersi utama kerana kehabisan stok dan terkejut apabila mendapati terdapat 1000 helai lagi boleh didapati dari Adun Bota.

Ad

Hal ini tidak disenangi sebahagian penyokong yang menganggap ianya seolah-olah mengaitkan pasukan Perak dengan politik sedangkan pasukan bola sepak di Malaysia kini sudah diswastakan dan diasingkan dari persatuan bola sepak negeri.

Ad