Perak Diikat Penang Dalam Aksi Tertutup
MakanBola
Penang FC

Perak FC terlepas peluang meraih kemenangan apabila diikat Penang FC 1-1 dalam aksi persahabatan tertutup pada 27 Mac lalu.

Aksi persahabatan tertutup yang diadakan di Kompleks Sukan Perak, Chepor merupakan sebahagian daripada persiapan kedua-dua pasukan menghadapi baki aksi Liga Super.

Ad

Perak turun beraksi tanpa kelibat pemain tengah Kyrgyzstan, Adilet Kanyebekov. Ini kerana Kanyebekov belum kembali dari tugasan antarabangsa bersama pasukan Asia Tengah itu.

Ad

Ketiadaan beliau tidak menghalang pengendali Perak, Yusri Che Lah menurunkan barisan terkuat. Antara tonggak yang diturunkan ialah Wan Zack Haikal, Luciano Guaycochea dan Clayton da Silva.

Penang yang dibimbing Wan Rohami Wan Ismail turut menurunkan barisan terkuat mereka. Antara yang tampil beraksi ialah Syamer Kutty Abba, Dylan Wenzel-Halls dan Richmond Ankrah.

Ad

Aksi berkenaan berkesudahan dengan keputusan seri 1-1. Meskipun seri, aksi ini membantu kedua-dua pasukan mengekalkan tahap kecergasan pemain masing-masing.

Ad

Selepas cuti sambutan Hari Raya Aidilfitri, The Bos Gaurus dan Sang Harimau Kumbang dijangka kembali fokus untuk dua aksi liga seterusnya.

Ad

Perak bakal bertemu KL City FC di Cheras pada 6 April. Penang pula bertandang ke Paroi untuk menghadapi cabaran Negeri Sembilan FC pada 5 April.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments