Perak Masih Percayakan Pemain Tempatan
MakanBola
Perak Football Club

Pasukan Perak kini dalam misi memburu kemenangan yang kedua dalam saingan Liga Super selepas mengharungi 4 perlawanan yang penuh dengan cabaran dan dugaan. 

Terdapat beberapa tonggak utama seperti Sunday Afolabi yang difahamkan masih mengalami kecederaan dan juga insiden kad merah yang menyebabkan beberapa pemain digantung perlawanan. 

Ad

Ketua Jurulatih Perak, Lim Teong Kim akui ianya bakal memberi ruang buat pemain muda yang lain mengisi kekosongan yang ditinggalkan. 

Ad

Beliau dalam pada itu dengan tegas menyatakan bahawa Perak masih menaruh harapan tinggi kepada pemain tempatan untuk membuktikan kredibiliti mereka. 

“Di sini, kita masih percayakan kepada pemain tempatan dan kita juga memberi ruang kepada mereka.

Ad

“Persiapan kami seperti biasa, masalah kecederaan pemain adalah sebahagian daripada bola sepak, itu perkara biasa,” katanya.

Ad

“Ianya memberi peluang kepada pemain yang lain untuk menunjukkan kualiti mereka sendiri, para pemain mempunyai kelebihan mereka sendiri,” kata LTK dalam temubual bersama wartawan Astro Arena Fadhirul Shuhaimi. 

Ad

Baru-baru ini, dalam pusingan pertama Piala Malaysia, skuad Seladang tewas kepada Sri Pahang dengan keputusan 1-2. Ianya pasti bukan tugas mudah buat pemain untuk kembali bangkit mencipta kejutan. 

Walaubagaimanapun, Perak sudah menunjukkan peningkatan apabila mereka baru sahaja memperoleh kemenangan pertama ketika menentang Kuching City tempoh hari bagi saingan Liga Super. 

Skuad kendalian bekas jurulatih Bayern Munich ini telah mula menunjukkan kualiti setiap pemain di atas padang. Ditambah dengan pemain import dari Korea, pasti memberi variasi baru dalam serangan skuad Seladang kali ini. 

Perak FC dijadualkan menentang Sri Pahang harini di Stadium Perak, Ipoh dan sepak mula akan bermula pada jam 9 malam. Ini merupakan perlawanan kelima buat kedua-dua buah pasukan dalam misi memburu kemenangan.