Perak Tagih Kudrat Pemain Import Di Terengganu
MakanBola
Perak FC
Sponsors

Pengendali Perak FC, Yusri Che Lah berharap kesemua pemain import pasukan itu kekal cergas menjelang aksi pusingan 16 pasukan terbaik Piala FA 2024 malam ini.

Kalendar antarabangsa Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menyaksikan dua tonggak Perak dipanggil menyertai skuad kebangsaan masing-masing.

Ad

Dua tonggak tersebut ialah Adilet Kanyebekov (Kyrgyzstan) dan Jesper Nyholm (Filipina). Kedua-duanya mengalami nasib berbeza dalam dua aksi terakhir kelayakan Piala Dunia 2026.

Ad

Kanyebekov ceria apabila membantu The White Falcons layak ke pusingan ketiga kelayakan selepas mengumpul 11 mata dalam Kumpulan D.

Manakala Nyholm pula kecewa apabila Filipina tewas dalam baki dua aksi kelayakan dalam Kumpulan F.

Ad

Yusri lega kerana kedua-dua tonggak import itu kembali menyertai The Bos Gaurus tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Ad

Justeru, beliau berharap kehadiran mereka dapat membantu Perak melakar kejutan ke atas Terengganu pada malam ini.

Ad

“Adilet Kanyebekov dan Jesper (Nyholm) telah beraksi dengan pasukan masing-masing. Saya rasa Adilet sudah ada bersama kita, Jesper malam ini (semalam tiba) dan esok (hari ini) bersama pasukan, terus ke Kuala Terengganu.

“Dan saya mengharapkan kedua-duanya tanpa kecederaan kerana sangat memerlukan empat pemain. Dan ketika ini kita ada lapan pemain import dan enam yang boleh diguna pakai. Dan satu daripadanya terpaksa disisihkan dan satu lagi di bangku simpanan.

“Ini bergantung kepada perancangan dan situasi yang kita lalui selama tiga minggu untuk saingan itu mencakupi semua aspek keseluruhan (iaitu) menyerang dan bertahan bagi memastikan kita berada dalam kejohanan ini untuk tempoh seterusnya,” katanya dalam temubual pra-perlawanan kepada Astro Arena semalam.

Perlawanan malam ini turut dilihat peluang Perak untuk membalas dendam. Ini kerana The Bos Gaurus sebelum ini tumbang 3-1 kepada Terengganu dalam aksi pembukaan Liga Super pada awal Mei lalu.

Perak dan Peteh bakal bersemuka untuk menentukan tempat ke slot suku akhir Piala FA 2024. Pemenang bakal berdepan sama ada Sabah FC atau KL Rovers FC di peringkat suku akhir.