Peranan Besar Hans Isaac Pastikan Kualiti Padang SNBJ Semakin Baik
Harimau Malaya
Hans Isaac
Advertisements

Jika sebelum ini namanya menjadi antara yang dikritik hebat selepas permukaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dilihat tidak memuaskan. Kini Dato’ Hans Isaac boleh menarik nafas lega dengan keadaan terkini padang tersebut.

Aksi sulung Kelayakan Piala Dunia 2026 yang menemukan Malaysia dan Kyrgyzstan tempoh hari menjadi bukti bahawa Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) telah bekerja keras untuk memastikan keadaan padang di dalam kondisi yang memuaskan.

Peranan beliau sebagai Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) kini semakin menampakkan hasil yang positif biarpun baru sahaja dilantik memegang jawatan tertinggi PSM itu pada awal Jun yang lalu.

Advertisements

Antara peranan beliau di PSM adalah untuk memastikan kerja-kerja penyelenggaraan padang berada di dalam keadaan yang baik selain memastikan kemudahan-kemudahan di stadium juga perlu disediakan demi penonton yang hadir.

Makanbola sempat berinteraksi dengan Dato’ Hans dua jam sebelum perlawanan Malaysia dan Kyrgyzstan itu bermula. Difahamkan beliau telah memeriksa keadaan padang pada hari perlawanan.

Advertisements

Selain itu, beliau bersama-sama pasukannya sudah berusaha keras sejak dua minggu lalu bagi memastikan keadaan padang SNBJ dalam keadaan lebih bersedia bagi digunakan kedua-dua pasukan.

SNBJ dijangka bakal digunakan semula oleh Harimau Malaya kendalian Kim Pan-gon pada 21 Mac 2024 untuk perlawanan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Oman.

Advertisements
@hansisaacofficial

Epic comeback from Harimau Malaya! What a night. Proud Malaysian 🇲🇾🥳 #harimaumalaya #ekorharimausejati @Harith Iskander @Shauki Store

♬ Hall Of Fame – PHARAØH & EQRIC & Clayton Jones

Sebelum menghadapi Oman pada Mac tahun hadapan, Malaysia perlu menghadapi Taiwan pada 21 November ini di gelanggang lawan sebelum ke Qatar pada Januari 2024 bagi menghadapi saingan hebat di Piala Asia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram