Perancis Buat Belgium Tersungkur Di Laman Sendiri
MakanBola
Equipe de France de Football
Sponsors

Perlawanan sengit antara Belgium dan Perancis berakhir dengan kemenangan 2-1 Perancis ke atas tuan rumah Belgium.

Aksi yang berlangsung di Brussels menyaksikan Randal Kolo Muani menjadi wira buat Perancis melalui dua gol penting yang memberikan kemenangan berharga.

Ad
Sponsors

Belgium cuba bangkit dengan gol penyamaan menerusi Lois Openda pada masa kecederaan babak pertama namun gagal menambah jaringan susulan walaupun memiliki beberapa peluang berbahaya.

Ad

Perancis kemudian terpaksa bermain dengan 10 orang selepas kapten mereka, Aurélien Tchouaméni, dilayangkan kad merah pada minit ke-76.

Walaupun Belgium menguasai lebih banyak percubaan, pasukan itu gagal mengatasi persembahan yang dipamerkan Perancis.

Ad

Tandukan pada minit ke-62 daripada Randal Kolo Muani memastikan Perancis meraih tiga mata berharga bagi saingan Liga Negara-Negara UEFA peringkat kumpulan B.

Ad

Perancis kini berada di tangga kedua dengan 9 mata manakala Belgium di kedudukan ketiga dengan 4 mata.

Ad

Belgium seterusnya akan menentang Itali manakala Perancis akan melawan negara haram Israel untuk aksi kelima peringkat kumpulan B.