Perbaiki Ranking Satu-satunya Cara Untuk Bawa Lebih Ramai Pemain Malaysia Ke Eropah
Blog
FAM Official
Advertisements

Beraksi di eropah pastinya menjadi idaman rata-rata pemain bola sepak di dunia ini. Selain liga bertaraf dunia, di eropah juga menghimpunkan pemain-pemain terbaik dunia seperti Cristiano Ronaldo di Manchester United dan Lionel Messi di Paris Saint Germain (PSG).

Bagi kita peminat bola sepak Malaysia, pasti perasaan teruja akan hadir apabila mendengar pemain negara menerima pelawaan untuk beraksi di eropah. Walaupun ianya mungkin hanyalah satu sesi percubaan, namun kita harus berbangga dengan minat dari kelab eropah terhadap pemain negara.

Bermain di eropah bukanlah satu impian yang mudah untuk digapai. Ianya memerlukan pengorbanan yang besar termasuk terpaksa berjauhan dengan keluarga tersayang dan berkemungkinan mengalami ‘kejutan budaya’ dalam fasa awal berada di eropah.

Advertisements

Hanya ada satu cara sahaja untuk menjadikan impian pemain negara beraksi di eropah menjadi mudah iaitu dengan memperbaiki ranking bola sepak negara. Kita sedar bahawa ranking Malaysia sangat jauh terperosok ke bawah iaitu ke-154 dunia. Pasukan Myanmar juga sudah ‘potong’ kita.

Pemain negara boleh sahaja ke eropah tanpa melihat ranking pasukan kebangsaan seperti Luqman Hakim di Belgium tetapi situasi di eropah itu sendiri akan menyukarkan pemain negara di sana. Mengapa begitu?

Di eropah, pemain yang mana pasukan kebangsaannya berada di ranking rendah bakal menghadapi kesukaran kerana terdapat budaya memandang rendah pemain-pemain sebegini.

Advertisements

Perkara ini bukanlah perkara yang baharu. Untuk rekod, Safawi Rasid pernah dipinjamkan ke kelab Portugal, Portimonense namun gagal untuk beraksi dengan skuad utama. Perkara sama terjadi kepada Luqman Hakim yang hanya turun sekali dalam aksi kompetitif bersama pasukan utama KV Kortrijk.

Luqman masih muda dan mempunyai banyak masa lagi untuk terus membangun di eropah. Namun secara konklusinya, jika ranking pasukan kebangsaan berada di kelompoh bawahan, pasti ianya mampu menjadi suatu kemustahilan buat pemain-pemain negara untuk beraksi dan menyerlah di eropah.

Diharapkan pasukan kebangsaan akan terus beraksi dan mencipta kemenangan agar ranking negara meningkat dan berjaya membuka mata orang luar bahawa bola sepak Malaysia sudah tidak lagi berada di takuk yang lama.

Advertisements

Selamanya Harimau Malaya!

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram