Perbandingan Nilai Pasaran Arif Aiman & Bintang Shanghai Port, Wu Lei
MakanBola
JST/SPFC
Sponsors

Aksi AFC Champions League Elite (ACLE) menyaksikan pertembungan antara tonggak JDT, Arif Aiman dan bintang Shanghai Port, Wu Lei.

Perlawanan pembukaan ACLE 2024 ini menyaksikan juara bertahan Liga Super Malaysia itu berkunjung ke Fudong untuk menentang anak buah Kevin Muscat.

Ad

Skuad Harimau Selatan membawa tonik terbaik apabila menundukkan Penang FC dengan keputusan 5-0 di Stadium Sultan Ibrahim.

Ad

Berdasarkan kemas kini oleh laman Transfermarkt, Arif Aiman kini merupakan bintang ketiga paling bernilai JDT dan menjadi watak utama sejak beberapa musim kebelakangan ini.

Pemain berusia 22 tahun ini dinilai pada tanda harga 550,000 Euro (RM2.5 Juta) dijangka bakal menjadi sandaran utama skuad kendalian Hector Bidoglio.

Ad

Shanghai Port pula memiliki pemain sayap berpengalaman iaitu Wu Lei yang menyertai pasukan sejak tahun 2022.

Ad

Tonggak berusia 32 tahun itu memiliki pengalaman beraksi di LaLiga bersama Espanyol sudah pun menjaringkan 28 gol dan 14 bantuan jaringan daripada 24 penampilan di Chinese Super League (CSL).

Ad

Beliau dinilai pada tanda harga 1.2 Juta Euro (RM5.7 Juta) bakal menjadi sandaran utama tuan rumah untuk merobek gawang Harimau Selatan.

Aksi Shanghai Port dan JDT akan berlangsung pada 18 September 2024 pada jam 8 malam di Fudong Football Stadium.