Perbandingan nilai pasaran antara dua tonggak utama negara, Luqman Hakim Shamsudin dan juga Haqimi Azim mencuri perhatian.
Kedua-dua pemain ini beraksi bersama skuad B-23 negara dengan Haqimi kembali mendapat tempat di bawah kendalian Kim Pan-gon.
Luqman pula berada dalam senarai bersedia sekaligus menyaksikan lebih ramai pemain muda mendapat tempat dalam percaturan pengendali Korea Selatan itu.
Laman Transfermarkt menunjukkan perbandingan nilai pasaran antara kedua-dua pemain ini selepas membantu Malaysia B-23 dalam kempen Piala Asia di Qatar.
Penyerang kelab J3 League bersama Yokohama SCC itu dinilai pada tanda harga 50,000 Euro (RM251 Ribu) manakala tonggak KL City itu memiliki nilai 125,000 Euro (RM630 Ribu).
Luqman berdepan saingan sengit di Jepun apabila menjadi pilihan kedua di belakang penyerang kelahiran Nigeria.
Haqimi pula kembali mendapat tempat dalam percaturan Miroslav Kuljanac dan beraksi dalam beberapa perlawanan setakat ini.
Peluang terbaik buat dua pemain ini mendapat tempat bersama skuad kebangsaan adalah pada Pestabola Merdeka sekitar bulan September atau Oktober tahun ini.