Ketua jurulatih Vietnam, Kim Sang Sik menganggap beraksi di Iraq membuatkan barisan pemainnya terpaksa bekerja dua kali ganda.
Vietnam tewas kepada Iraq dengan keputusan 1-3 sekaligus tidak berjaya layak ke pusingan seterusnya.
Bagaimanapun, Kim Sang Sik memuji semangat juang pasukannya yang sentiasa menunjukkan kesungguhan di atas padang.
“Pemain Vietnam benar-benar bersaing untuk mencari kemenangan. Mereka sentiasa bermain dengan semangat ketabahan. Sudah tentu dengan keputusan sebegitu, kami amat kecewa.
“Cuaca di Iraq sungguh panas. Pasukan Vietnam terpaksa berusaha untuk menyesuaikan diri dengan keadaan iklim di sini. Bagaimanapun, pemain saya telah memberikan segala yang saya boleh lakukan dalam perlawanan ini,” kata Kim Sang-sik memetik laporan TheThao247.
Beliau akui para pemainnya mengalami sedikit keletihan dengan hadapi jadual padat ditambah dengan cuaca panas luar biasa di tempat lawan.
“Pasukan ini sedikit letih dengan jadual pergerakan dan perlawanan. Namun, saya tegaskan bahawa pasukan Vietnam telah bermain bersungguh-sungguh.
“Ini adalah keputusan perlawanan seperti kelayakan Piala Dunia. Sudah tentu saya dan pemain kecewa dengan keputusan itu. Ini masih perlawanan penting buat kami, walaupun peluang sudah berakhir ketika perlawanan belum bermula,” katanya lagi.
Fokus utama Golden Star Warriors kini adalah kepada persiapan memburu slot kelayakan Piala Asia 2027 dan ASEAN Championship 2024.