Perbezaan nilai skuad terkini pasukan Johor Darul Tazim (JDT) dan Selangor FC kini mencecah RM34 Juta.
Perkembangan terbaru kedua-dua pasukan handalan Malaysia ini mencuri tumpuan tatkala mereka bakal membawa cabaran negara ke kancah Asia.
Skaud Harimau Selatan akan beraksi di Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) manakala The Red Giants menjadi wakil tunggal Malaysia di Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2).
Perbezaan nilai skuad JDT dan Selangor mencuri tumpuan susulan kehadiran beberapa muka baharu yang dibawa masuk bagi saingan musim 2024/25.
Skuad JDT kini dinilai setinggi 13.25 Juta USD (RM62.01 Juta) dan menjadi skuad termahal dal saingan Liga Super ketika ini.
Hal ini selepas pasukan kendalian Hector Bidoglio diperkuat dengan kehadiran beberapa tonggak bernilai seperti Jalil Elias, Chico Geraldes, Murilo Henrique ditambah dengan barisan sedia ada.
Selangor pula tidak kurang hebatnya apabila mencatatkan nilai skuad kedua tertinggi iaitu sekitar 6.13 Juta USD (RM28.69 Juta) menurut laman Transfermarkt selepas kemasukan beberapa muka baharu.
Perbezaan dua pasukan ini direkodkan sekitar RM34 Juta.

Anak buah Nidzam Jamil diperkasakan dengan kehadiran beberapa watak penting seperti Ronnie Fernandez, Alvin Fortes, Umar Eshmurodov, Reziq Bani Hani dan juga Nooa Laine.
JDT dan Selangor kini berjuang hebat selepas berakhir pada peringkat separuh akhir Piala FA 2024.