Liga Super
PDRM FC
Advertisements

Semalam, penyokong Selangor FC terkejut apabila Merah Kuning diaibkan oleh PDRM FC 1-0 di Stadium MBPJ. Dan bagi jurulatih The Cops, Azzmi Aziz, ini menunjukkan perancangan permainannya menentang Selangor menjadi.

Advertisements

Sepanjang perlawanan, anak-anak buah Tan Cheng Hoe mendominasi perlawanan dengan Sang Saka Biru terpaksa bertahan. Setiap serangan bukan sekali dipatahkan oleh barisan pertahanan PDRM FC diketuai James Okwuosa.

Dengan Merah Kuning kecewa tidak dapat menjaringkan gol, The Cops menjaringkan gol tunggal menerusi Bruno Suzuki pada minit ke-61.

Advertisements

Dan biarpun mereka kehilangan penjaga gol Ramadhan Hamid akibat kecederaan, penggantinya Nor Hakeem Hamidun memastikan PDRM FC pulang dengan tiga mata penuh.

“Syukur alhamdulillah untuk kemenangan malam ini. Alhamdulillah, kami sangat bersyukurlah. Kita tahu Selangor merupakan pasukan yang baik dan saya beritahu diorang, ‘They’re a good side. Diorang sangat konsisten musim ini.’

Advertisements

“Tapi alhamdulillah dengan latihan kita, kita cuba bertahan dengan lebh baik dan counter attack. Alhamdulillah, ianya menjadi dan dekat belakang back four, back five kita cuba kekang asakan gol. Dan akhirnya, kita menjaringkan gol dan alhamdulillah, itu penting,” katanya dalam sidang media pasca-perlawanan yang disiarkan di Astro Arena.

Kemenangan ini meletakkan PDRM FC di tangga kesembilan liga selepas 13 perlawanan. Selepas ini, Sang Saka Biru perlu tampil lebih baik menentang Sabah FC pada 8 Jun ini.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram