Perjalanan Skuad Muda Indonesia Di Asia Berakhir
MakanBola
Timnas Indonesia
Sponsors

Skuad B-17 Indonesia terpaksa akur menamatkan saingan di pentas Asia setelah tewas dengan jumlah besar di suku akhir.

Setelah muncul juara kumpulan C, pasukan muda Indonesia dijadualkan membuat perhitungan berdepan Korea Utara di pusingan suku akhir Piala Asia B-17 untuk menentukan tiket ke separuh akhir.

Ad

Jurulatih Indonesia, Nova Arianto menurunkan kesebelasan utama terbaik dengan Mathew Baker, Evandra Florasta dan Zahaby Gholy menjadi nadi kepada skuad Garuda Muda ini.

Ad

Seawal minit ke-8, Korea Utara berjaya menembusi pintu gol Indonesia berpunca dari sepakan sudut yang disambar oleh Choe Song-hun menerusi voli rendah bagi jaringan pertama.

Ad

Tidak lama selepas itu, Kim Yu-jin menggandakan kelebihan buat Korea Utara apabila merembat kencang bola ke dalam gawang Indonesia setelah berlaku situasi kelam-kabut pada minit ke-19.

Ad

Separuh masa pertama tamat, Indonesia 0-2 Korea Utara.

Ad

Pasukan Korea Utara terus selesa mendahului di awal babak kedua menerusi jaringan Ri Kyong-Bong yang menolak bola ke gawang hantaran dari sayap kanan oleh Pak Kwang-son.

Dua gol pantas dalam tempoh seminit berjaya dihasilkan oleh Korea Utara bermula pada minit ke-60 hasil sepakan penalti Kim Tae-guk dan sentuhan Ri Kang-rim tidak lama kemudian.

Park Ju-won menutup kemenangan Korea Utara dengan gol ke-6 pada minit ke-77 setelah menghukum kesilapan pemain Indonesia yang gagal mengeluarkan bola dari kawasan kotak penalti.

Keputusan akhir, Indonesia 0-6 Korea Utara.

Dengan kemenangan ini, Korea Utara akan bakal ke separuh akhir untuk bertemu Uzbekistan tatkala Indonesia pula akur tersingkir dan akan memberi fokus kepada Piala Dunia B-17 pada November.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments