Perlawanan Ditunda, Pemain Kedah Resah Persiapan Terganggu
Liga Super
Instagram : @official_kedahfa
Advertisements

Pasukan Kedah Darul Aman FC terpaksa akur dengan keputusan MFL untuk menangguhkan perlawanan ke-14 Liga Super (LS14) yang melibatkan pertemuan mereka menentang Penang FC yang sepatutnya dijadualkan berlangsung pada Sabtu lalu, 24 Julai 2021.

Ini selaras dengan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh laman rasmi KDA FC bahawa terdapat dua pemain yang positif Covid-19.

Keputusan itu terpaksa diterima oleh semua pihak terutamanya kepada pasukan Penang FC yang sudah pun tiba di Alor Setar pada petang jumaat. Ini selaras dengan keputusan yang dikeluarkan oleh Malaysian Football League (MFL) bagi memastikan keselamatan semua pihak yang terlibat dalam penganjuran liga super.

Advertisements

Namun begitu, situasi ini mewujudkan rasa kurang senang dalam kalangan pemain pasukan Kedah Darul Aman apabila sebahagian pemainnya meluahkan kekecewaan apabila keputusan itu dibuat.

Antara pemain yang meluahkan kekecewaan pada lama Instagram mereka ialah Renan Alves dan juga pemain pertahanan kebal, Rizal Ghazali. Rizal dalam satu posting beliau jelas menunjukkan rasa kecewanya dengan penyata, “Rehat dua minggu emm” yang disertakan dengan tanda pagar ‘pisang’ beserta satu instagram story yang berbunyi:

“Masuk kuarantine keluar masuk balik kuarantine”

Advertisements

Selain itu, pertahanan tengah import mereka iaitu Renan Alves turut meluahkan rasa yang sama apabila memuat naik satu instagram story seperti berikut:

“are making us discouraged, with the unfair situation of quarantine. Congratulations to those involved in this circus. Making it clear, only 2 players tested positive, 27 negative, it seems they are not good at counting.”

Keresahan ini juga bertitik tolak daripada pasukan-pasukan lain yang telah diberikan keizinan untuk beraksi. Malah, pesaing terdekat pasukan itu jelas sudah meninggalkan kedudukan mereka di tangga ke-3 yang boleh merencatkan perancangan jurulatih dan juga persiapan moral pemain.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram