Perlawanan akhir leg 2 Piala Indonesia diantara PSM Makassar menentang Persija akhirnya ditunda berikutan keputusan Persija yang tidak mahu hadir ke stadium atas faktor keselamatan.

Pada leg pertama, Persija mendahului Makassar dengan kemenangan 1-0 di Gelora Bung Karno, Jakarta.
Seorang Penyokong Dipanah
Kekalutan yang berlaku selepas pengumuman penundaan perlawanan menyebabkan keadaan sedikit huru hara.
Safri yang berumur 19 tahun menjelaskan dirinya tiba-tiba saja terkena anak panah ketika sedang peluang dari stadium di Makassar apabila diserang oleh 3 orang tak dikenali yang membonceng motosikal.
Bas Persija Diserang Penyokong Makassar
Ketika pemain dan staf Persija menaiki bas pulang ke hotel selepas tamat sesi latihan di Stadium Andi Mattalatta, mereka diserang sehingga cermin bas pecah lantas mencederakan beberapa pemain dan staf.
Pasukan Persija diarahkan pulang menaiki Barracuda, sebuah kenderaan perisai yang begitu sinonim di Indonesia.
Liga bola sepak Indonesia kerap kali dilanda ancaman keselamatan berpunca sikap fanatik melampau para penyokongnya.
Makassar Ugut Tarik Diri
PSSI mungkin akan menggunakan gelanggang berkecuali dan jika ianya menjadi kenyataan, PSM Makassar ugut untuk menarik diri dari perlawanan akhir ini.
“Saya menyampaikan kepada pihak PSSI. Jika perlawanan itu ditunda dan diadakan di tempat lain, maka PSM tidak akan teruskan perlawanan ini,” ujar CEO PSM Makassar pada Ahad 28 Julai.